Friday, April 30, 2010

Mengimbau zaman jahiliah dulu.

Kalau dulu aku ingat lagi masa zaman kecil kecil,mak ayah aku selalu pasang lagu Raihan.Kira macam lagu dia,adik beradik aku memang hafal lah.Dan aku ni kategori assabiah sikit hah,siap kalau tengok dekat anugerah mana mana bila Raihan jadi pemenang anugerah apa apa lah bukan main seronok siap nangis,ingat lagi dulu kalau ta ada kaset Raihan dalam kereta kalau nak jalan jauh siap suruh ayah patah balik kalau tak,tak berhenti menangis.Raihan tu,bukan main aku suka sampai sekarang hafal lagi lagu lagu dia.Kira macam mak ayah aku bagus juga lah kecil kecil dah sumbat anak dia dengan benda benda islamiah.

Haha,dalam berangan berangan nak kahwin aku rasa dah besar nanti nak sumbat anak aku dengar lagu Maher Zain lah.Yelah,kalau dulu Raihan ada juga buat lagu versi bahasa Inggeris tapi macam sikit sangat.Hehe,so si Maher dah nama pun Maher mesti mahir bab bab membuat bakal anak anak aku nanti terpengaruh dengan lagu lagu dia yang pehhh islamiah lagi ilmiah,inggeris lagi.Lahh,bukan aku banggakan sangat bahasa Inggeris tu cuma sekarang kan bagus ajar budak budak dari kecil guna bahasa inggeris senang nanti nak belajar.Ye lah sekarang kan apa apa pun guna bahasa mat salleh tu kan.




P/s:Berangan macam nak kahwin dengan dapat anak esok kan.

Thursday, April 29, 2010

Rawak.

Dulu zaman sekolah,duit belanja Rm1.50 je kalau Rm2.00 memang durian runtuh lah boleh beli jajan balik sekolah.Tadi pergi sekolah adik,mak suruh kasi duit dekat dia sebab tertingal duit.Mak hulur Rm5.00,aku terkedu ingat mak aku tak ada duit pecah pastu tanya mak aku nak pecah kan duit ni ke?dia cakap tak payah kasi je dekat dia sambil tunjuk kelas adik aku.RM5.00 tu boleh jadi 4 hari duit belanja aku dulu.Ish ish ish lemak betul budak zaman sekarang.







P/s:Bukan cemburu,meluat je.

Tuesday, April 27, 2010

Kawan.

Tak payah lah kalau kenal tak lama terus nak declare aku ni BFF kau.Macam budak-budak je aku tengok.Sensible sikit lah.











P/s:Aku tak faham.

Saturday, April 24, 2010

Dengar.

Pagi tadi handphone bunyi alarm keluar lagu Neyo,teman lelaki aku kasi lagu tu konon konon kalau dengar lagu tu segar lah kan.Aku segar je pun,buka lepas tu belek belek buku nota aku bawa dari kuantan lebih lebihan buku yang sepatutnya jadi buku nota undang undang aku.

Bercakap pasal undang undang,hari ini periksa Muet.Kau tahu apa aku rasa 2,3 hari sebelum periksa?gemuruh semacam macam nak nikah pun ada.Aku risau,sebab ni peluang terakhir aku,banyak juga lah aku buat latihan.Alhamdulilah lah,penulisan lancar,pembacaan pun boleh lah,tapi satu bahagian ni.PANAS HATI betul la.

Bahagian MENDEGAR,aku memang panas hati betul.Aku tak tahu samada aku pekak ke atau ini impak sebab dah tak kasi otak suka dengan bahagian mendengar dalam periksa ni.Aku kecewa gila,dan aku rasa cukuplah berangan na duduk seiring dengan budak budak yang dah dapat Band 4 dan layak ke fakulti sarjana undang undang kelak.

Telinga,kadang-kadang kita lupa gunakan nya dengan baik.Aku tawwakal.Cuma memang ya,hari ini aku cukup kecewa dengan diri aku pada bahagian mendengar.Entah lah tak tahu nak fikir apa lagi.Cukuplah setakat ni.Emosi betul aku kali ni kan.

Friday, April 23, 2010

Perasmian.

Baiklah jangan gopoh ye semua,jangan jangan.Oh saya dah ulang 2 kali ye perkataan jangan?Oh tak sedar tindakan refleks agaknya macam buat belog ni.Tiba tiba rasa nak buat,manusia manusia kan?tiba tiba nak tiba tiba tak*mengeluh panjang*.

Sukacitanya di maklumkan bahawa aku kembali ke arena membelog,yeah aku ada juga belog dulu dulu la zaman zaman tak ada kerja lepas SPM lepas tu bertahan sekejap,lepas tu ada konflik sikit emosi lepas tu terkabur.Tengok manusia manusia *geleng kepala*,manusia memang macam ni kan?*mengeluh panjang*

Ni belog ke berapa ratus agaknya ta terkira macam helaian rambut dia atas kepala termasuk kelimumur yang menyebabkan kepala aku gatal okay ini lah dia kalau kasi aku membebel pagi buta lepas tengok karangan untu peperiksaan muet aku sabtu ni.Semua dah bertepek kat atas muka akibat tensi Muet *mengeluh panjang*.

Haih,bila na mengeluh pendek ni?diam kau hati kecil banyak pula songeh kan?maka dengan ini saya merasmikan belog saya yang ke berapa ribu ini.HA,HA,HA dah rasmi ke?okay dah boleh mengeluh pendek *mengeluh pendek*.

Okay bye.