Tuesday, June 1, 2010

Ulasan Kehidupan.

Semalam baru je aku selesai menghadirkan diri ke rumah arwah sepupu mak aku.Lepas balik dari event aerobik mak aku,aku terus mandi dan solat sebab nak pergi rumah arwah sepupu mak aku,ye la badan penat juga ingatkan boleh rehat-rehat sebab dah penat tolong-tolong event mak aku tu.Tapi tak apa lah bila lagi nak dekat-dekatkan diri dengan majlis majlis macam ni,tak lah aku bukan nak berlagak baik,tapi aku perasan sejak dua menjak ni ramai kaum keluarga even sahabat handai*hah ambil kau bahasa aku bahasa tradisional dah ni*yang meninggal,mengejut pula tu.Tu yang aku macam =____= sentap.

Berbalik pada cerita arwah sepupu mak aku tu,dia meninggal pagi semalam.Sakit leukimia,yang sedihnya umur dia baru 35 tahun.Ada anak dua orang tak silap aku,semalam perasan juga suami dia,sebab mak dengan ayah aku berborak-borak dengan suami kepada arwah sepupu mak aku.Katanya dia sakit tak lama sekejap je,doktor macam tak boleh detect and confirm kan yang dia ada leukimia.Tup tup lepas tahu dia ada leukimia dah final stage.Gila kan?FINAL STAGE wehhhh.

Aku macam tersentap kalau aku jadi dia macam mana apa perasaan aku,mesti dah tak nak hidup,mesti dah tak nak jumpa orang,mesti dah tak ada masa nak facebook,mesti dah tak ada masa nak blog blog,mesti tak ada masa nak sms kawan kawan 'oi jom lepak!',mesti tak ada masa 'boyfriend boyfriend I rindu you lah' last sekali bubuh emoticon masam konon konon comel.Dan dah kena hentikan dah angan angan nak tengok dengan ayah kita hidup senang hasil usaha keras kita.

Lepas tu,tadi teman lelaki aku sms aku 'Uncle I yang sakit jantung tu dah meninggal'.Aku tersentap lagi,dia sedih sampai tak boleh nak cakap apa sebab dia rapat dengan arwah.Aku biarkan dia sebab aku tahu dia perlukan masa.

P/s:Aku terfikir juga la kan,kalau aku mati tiba tiba akaun-akaun social networking aku ni apa cerita kan?Tak lah gurau je.Semoga aku mati dalam iman.

Saturday, May 22, 2010

Aku terpanggil,

Perihal kisah dulu,
Bisa membuat aku senyum,
Lantaran umur setahun jagung,
Yang difikirnya tiada penghujung.

kenapa pakai tudung on off eh? apa niat pakai tudung? just asking :)

I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to say here,cause you see, I’m not Islamic.but I am proud to be a Muslim and Im still learning and trying my best to actually fix myself to be a better muslim,Insyaallah doakan doakan.And Im hoping that Allah will grant me with wisdom and help to solve my bad habits.Those who I could not tolerate.But Insyaallah,I'll try to change. I will try.

P/s: Terima kasih tanya soalan ni :) Saya ta janji,saya memang na berubah saya akan insyaallah.Kalau mahu lebih lanjut msgs lah saya di Chenabila@ymail.com

1 hour ago

(Merujuk perkara diatas,soalan yang di tanya oleh seorang makhluk Allah yang ingin kan kepastian dari aku :) dan aku menjawabnya dengan semampu yang boleh dan rentetan dari pada aku tiba tiba aku terasa ingin menulis,dengan..panjangnya)

Aku percaya dengan namanya Hidayat,tapi bukan tunggu macam bola bergolek atau pun tunggu macam tunggu dengan terujanya kehadiran Fifa World Cup tu lah yang bapa aku abang aku adik aku sibuk-sibuk kan semenjak dua menjak aku,tapi hairannya teman lelaki aku tak ada lah sibuk sibuk.Hah ni buat aku musykil ni,dia lelaki ke tak ni?*gelak besar*.Aku bergurau je abang,jangan marah ye sayang.

Berbalik pada cerita hidayat tu.Aku bukan nak cakap aku dapat hidayat kalau aku ikutkan teori dapat hidayat ni dulu dulu pun aku boleh cakap aku dapat hidayat tapi lepas tu aku ulang je balik kesalahan aku,tabiat aku yang buruk ni.Hidayat ke tu Nabila?okay bukan tu Taufiq Hidayat je tu Cikgu!*sambil senyum*

Dulu aku tidak la lah sosial.Aku cuma gemar mengambil gambar.Ala ala self potrait la,yang kebanyakannya free hair.Aku jarang keluar rumah,aku lebih suka memencilkan diri.Kalau keluar pun hanya dengan teman rapat dan sedara terdekat.Gambar tu lebih kepada buat untuk seronok-seronok,aku jarang lepak-lepak ni malas lah rasanya lebih suka buat hal sendiri dan duduk dirumah menghadap laptop dan dvd.Aku jenis homely type gegirl lah.Okay geli nya kenapa na gegirl ni,eeww.Okay tak penting.Ha-ha-ha.Tu lah kalau korang perasan ada beberapa gambar aku yang free hair dan mulanya untuk fun tapi dah terbiasa lalu aku hanyut biarkan biarkan dan terus biarkan.

Aku menyesal tapi boleh dikatakan rencah kehidupan lah,bukan nya aku nak banggakan tapi macam mungkin itu dah takdir nya aku macam tu untuk aku jadi sedar di kemudian hari,ini adalah pandangan peribadi aku.Akhir-akhir ni aku selalu terpanggil untuk baca artikel-artikel mengenai bertudung dari pandangan Islam yang sememangnya mewajibkan khalifahnya bertudung menutup aurat.Mula mula aku endah kan aja,macam tak kisah,malas nak baca konon guna statement 'alahh pakai tudung pun perangai macam apa tah baik tak payah' tapi sebenarnya aku pakai je tudung tapi bagi statement macam tu,tu namanya tak fikir panjang.Maafkan lah aku ye,tak matang langsung pakai cakap je.Salah sebenarnya statement aku tu.Aku tak mahu ulas panjang sebab aku bukan nya ahli ulama,takut tersalah susah dalil dalil ni.Tapi memang apa yang aku cakap tu salah.

Dan sejak kebelakangan ini aku selalu bertanya dekat diri aku,ini ke yang aku nak?nanti Mak bapa aku macam mana?selagi aku tak kahwin selagi tu mereka tanggung dosa aku.Pasal kawan-kawan aku mereka tak putus putus support dan doakan aku aku tahu,terima kasih ya?dan teman lelaki aku yang insyaallah akan jadi suami aku,yang akan tanggung dosa aku kalau aku tak menjaga aurat,dan sekali lagi soalan yang sama berputar ni ke yang aku nak?.Baiknya dia,dia tak pernah mendesak aku untuk menyarung tudung tapi caranya yang lemah lembut tu perlahan-lahan buat aku terpanggil untuk menjaga pinjaman Tuhan ni untuk tatapan dia seorang sahaja kelak bila di ijab,dan sekali lagi aku terfikir jauh nanti anak-anak aku macam mak dia ke?.Dan soalan yang memang tak pernah lekang dari fikiran aku,ni ke yang aku nak?kalau suatu hari nanti aku mati?bertaubat ye lah kita boleh bertaubat tapi taubat tu tak akan sempurna kalau salah satu tuntutan dia tak diikuti.Aku bukan nak berlagak baik,tapi ini pandangan sahaja.


Betul la cakap makcik aku,mak aku kalau suatu hari nanti kau tahu perasaan macam mana berkeluarga kau akan sedar.Mungkin sebab itulah,perlahan lahan rupanya hidayat tu datang,dan aku sememangnya perlu berusaha untuk memperolehi hidayat tu :).Insyaallah.

P/s:Niat aku bertudung bukan kerana siapa siapa,tapi untuk diri aku dan tuntutan Tuhan.Tolong doakan kali ni aku sadar yang memang betul-betul.Sekarang dah crystal clear aku dah faham.

Friday, May 14, 2010

Nyanyi jangan tak nyanyi.





Selamat Hari Ulangtahun Kesatu Sayang.Aku ta harapkan benda lain selain berkekalan,terima kasih kerana kau perlahan-lahan ajar aku untuk rendah kan ego aku walaupun kadang kadang aku memberontak,terima kasih sebab perlahan-lahan kau ajar aku untuk jadi wanita yang faham konsep sempurna.Terima kasih ada bila waktu senang dan susah,terima kasih kerana sentiasa sokong aku dalam apa apa keputusan.Terima kasih jadi teman baik aku dan juga yang istimewa untuk aku.

SELAMAT ULANGTAHUN KESATU FAZRIN HAKIM MD SOFIAN.



















P/S:Harapan aku berkekalan sampai mati.Dan kek ni jelah aku mampu buat untuk kau.Sebab?aku bukannya ada self-earning lagi.


Wednesday, May 12, 2010

Gemuk vs Kurus.

Kejadian ni berlaku petang tadi,tak ada lah important mana.Sebelum nak pergi aerobics tadi,ambil Naim (adik aku yang paling penghujung sekali,sebab Mak aku cakap dia dah tak nak dah lepas ni)dia ada koko dekat sekolah,fuhhh masa ambil dia tu smart gila,tak ingat.Dengan baju Kadet Remaja Sekolah.Colour dia hijau je macam penyokong kuat pas pulak aku tengok,haha tu je yang sempat pops dekat kepala aku masa tengok adik aku tu.Tapi bukan pasal tu aku nak story.

Masa dia dah masuk kereta tu,tengok dia bawak 2 cups ice blended.Dua-dua perisa chocolate.Aku tak suka benda manis,tapi aku rasa lah juga sebab dia dah pelawa.Lepas tu aku tanya dia sambil sindir lah juga.Tanya dia pasal seluar dia,dia ni kuat makan tahu tak?gila sumpah aku tak tipu memang kuat makan gila.Umur baru 10 tahun berat dah 43 kilo,gila kan?sumpah gila.Tu pun nasib baik turun 4 kilo.Yang sedap nya part turun berat ni,dia cerita kat aku tadi.

Naim:Kak Bila,nak tahu tak Naim timbang semalam kan turun 4 kilo.

Nabila:baguslah,muat lah nanti seluar seluar lama kau.Kau tu karang penyakit tahu tak?baik turun kan berat.

Naim:*dia sengih kerang busuk dia,lepas tu dia sambung*Kawan Naim tanya Naim,Naim diet ke?ke sebab Naim ikut Mama aerobics,pastu Naim diam je.

Nabila:Hahaha asal kau tak iyakan aja?

Naim:*dia sengih sengih lepas tu mengelinjan terloncat-loncat dalam kereta*

Nabila:duduk diam diam lah!kau ni dah sepuluh tahun pun tak tahu na behave.

Naim:*dia cebik mulut,imitate aku membebel*

Nabila:Nampak tu polis,Kak bila panggil dia suruh tangkap Naim,masuk penjara padan muka!
*attempt nak menakutkan budak umur 10 tahun yang kuat makan dengan polis tak menjadi lah,sebab budak umur 10 tahun yang kuat makan ni jawab dengan jujur sungguh*

Naim:Takpelah,lagi best duduk dalam penjara makan 5 kali sehari.Tak payah buat kerja apa-apa duduk tunggu makanan je.Makan pertama roti canai,kedua dia kasi roti naan,ketiga Mcd,makan malam kasi nasi dengan ayam pedas,malam dia kasi makan magee goreng.

Nabila:*tercenggang*apa kau ingat dalam penjara kau boleh demand ke Naim oi?

Naim:*muka seposen*mintak lah.



P/s:Songsang habis budak sorang ni T__T kalau dulu aku dengar polis je terus duduk diam,mulut terkatup rapi,duduk pun sopan dalam kereta,paling teruk nangis sebab kena teased dengan ayah aku.Imaginasi budak gemuk comel adik aku sorang ni innocent betul.Dia tak tahu real life sebenarnya jail tu macam mana keadaan nya.Mana ada mintak mintak adik oi.Tapi sumpah dia buat aku gelak dari aerobics tadi sampai sekarang.

Tuesday, May 11, 2010

Dah nak setahun.

Hari jumaat ni hari ulang tahun aku dah teman lelaki aku.Bila dah besar besar ni kan,macam dah tak berapa nak semangat nak sambut ulang tahun.Kononya dah matang lah kan dan rasa benda tu macam budak budak kecil tapi memang pun macam budak kecil.Tapi,kadang kadang kenalah jadi budak kecil kan.

Istimewanya ulang tahun ni?tak ada sangat yang istimewa melainkan dia ada dengan aku masa aku gembira dan sedih dan aku cuma aku harap hubungan ni kekal sampai jinjang pelamin.Tu je lah aku nak taip sebenarnya ,hadiah?aku tak plan sangat.


Yang tak bestnya,masa dia cuti aku dah kena naik sem baru.Sakit jiwa betul aku.*mengeluh pendek*.Ni tengah buat list barang nak beli bawa balik kampus,tak apa lah aku nak balik tiap tiap minggu nanti ke rumah.



P/s:Aku sayang kau.