Bisa membuat aku senyum,
Lantaran umur setahun jagung,
Yang difikirnya tiada penghujung.
kenapa pakai tudung on off eh? apa niat pakai tudung? just asking :)
I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to say here,cause you see, I’m not Islamic.but I am proud to be a Muslim and Im still learning and trying my best to actually fix myself to be a better muslim,Insyaallah doakan doakan.And Im hoping that Allah will grant me with wisdom and help to solve my bad habits.Those who I could not tolerate.But Insyaallah,I'll try to change. I will try.
P/s: Terima kasih tanya soalan ni :) Saya ta janji,saya memang na berubah saya akan insyaallah.Kalau mahu lebih lanjut msgs lah saya di Chenabila@ymail.com
(Merujuk perkara diatas,soalan yang di tanya oleh seorang makhluk Allah yang ingin kan kepastian dari aku :) dan aku menjawabnya dengan semampu yang boleh dan rentetan dari pada aku tiba tiba aku terasa ingin menulis,dengan..panjangnya)
Aku percaya dengan namanya Hidayat,tapi bukan tunggu macam bola bergolek atau pun tunggu macam tunggu dengan terujanya kehadiran Fifa World Cup tu lah yang bapa aku abang aku adik aku sibuk-sibuk kan semenjak dua menjak aku,tapi hairannya teman lelaki aku tak ada lah sibuk sibuk.Hah ni buat aku musykil ni,dia lelaki ke tak ni?*gelak besar*.Aku bergurau je abang,jangan marah ye sayang.
Berbalik pada cerita hidayat tu.Aku bukan nak cakap aku dapat hidayat kalau aku ikutkan teori dapat hidayat ni dulu dulu pun aku boleh cakap aku dapat hidayat tapi lepas tu aku ulang je balik kesalahan aku,tabiat aku yang buruk ni.Hidayat ke tu Nabila?okay bukan tu Taufiq Hidayat je tu Cikgu!*sambil senyum*
Dulu aku tidak la lah sosial.Aku cuma gemar mengambil gambar.Ala ala self potrait la,yang kebanyakannya free hair.Aku jarang keluar rumah,aku lebih suka memencilkan diri.Kalau keluar pun hanya dengan teman rapat dan sedara terdekat.Gambar tu lebih kepada buat untuk seronok-seronok,aku jarang lepak-lepak ni malas lah rasanya lebih suka buat hal sendiri dan duduk dirumah menghadap laptop dan dvd.Aku jenis homely type gegirl lah.Okay geli nya kenapa na gegirl ni,eeww.Okay tak penting.Ha-ha-ha.Tu lah kalau korang perasan ada beberapa gambar aku yang free hair dan mulanya untuk fun tapi dah terbiasa lalu aku hanyut biarkan biarkan dan terus biarkan.
Aku menyesal tapi boleh dikatakan rencah kehidupan lah,bukan nya aku nak banggakan tapi macam mungkin itu dah takdir nya aku macam tu untuk aku jadi sedar di kemudian hari,ini adalah pandangan peribadi aku.Akhir-akhir ni aku selalu terpanggil untuk baca artikel-artikel mengenai bertudung dari pandangan Islam yang sememangnya mewajibkan khalifahnya bertudung menutup aurat.Mula mula aku endah kan aja,macam tak kisah,malas nak baca konon guna statement 'alahh pakai tudung pun perangai macam apa tah baik tak payah' tapi sebenarnya aku pakai je tudung tapi bagi statement macam tu,tu namanya tak fikir panjang.Maafkan lah aku ye,tak matang langsung pakai cakap je.Salah sebenarnya statement aku tu.Aku tak mahu ulas panjang sebab aku bukan nya ahli ulama,takut tersalah susah dalil dalil ni.Tapi memang apa yang aku cakap tu salah.
Dan sejak kebelakangan ini aku selalu bertanya dekat diri aku,ini ke yang aku nak?nanti Mak bapa aku macam mana?selagi aku tak kahwin selagi tu mereka tanggung dosa aku.Pasal kawan-kawan aku mereka tak putus putus support dan doakan aku aku tahu,terima kasih ya?dan teman lelaki aku yang insyaallah akan jadi suami aku,yang akan tanggung dosa aku kalau aku tak menjaga aurat,dan sekali lagi soalan yang sama berputar ni ke yang aku nak?.Baiknya dia,dia tak pernah mendesak aku untuk menyarung tudung tapi caranya yang lemah lembut tu perlahan-lahan buat aku terpanggil untuk menjaga pinjaman Tuhan ni untuk tatapan dia seorang sahaja kelak bila di ijab,dan sekali lagi aku terfikir jauh nanti anak-anak aku macam mak dia ke?.Dan soalan yang memang tak pernah lekang dari fikiran aku,ni ke yang aku nak?kalau suatu hari nanti aku mati?bertaubat ye lah kita boleh bertaubat tapi taubat tu tak akan sempurna kalau salah satu tuntutan dia tak diikuti.Aku bukan nak berlagak baik,tapi ini pandangan sahaja.
Betul la cakap makcik aku,mak aku kalau suatu hari nanti kau tahu perasaan macam mana berkeluarga kau akan sedar.Mungkin sebab itulah,perlahan lahan rupanya hidayat tu datang,dan aku sememangnya perlu berusaha untuk memperolehi hidayat tu :).Insyaallah.
P/s:Niat aku bertudung bukan kerana siapa siapa,tapi untuk diri aku dan tuntutan Tuhan.Tolong doakan kali ni aku sadar yang memang betul-betul.Sekarang dah crystal clear aku dah faham.

No comments:
Post a Comment